Tips Pohon e ISBN & PDP Atas Talian
Buku ini memberi panduan komprehensif, langkah demi langkah bermula dengan pendaftaran akaun penerbit hinggalah kepada cara mengisi permohonan nombor piawaian antarabangsa - International Standard Book Number (e ISBN) dan data Pengkatalogan-dalam-penerbitan (PDP) secara atas talian kepada semua penerbit yang baru berkecimpung dalam arena penulisan dan penerbitan kendiri. Buku ini juga memberi tips penyediaan awal maklumat-maklumat yang diperlukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) agar permohonan yang dibuat lengkap seperti yang dikehendaki PNM. Pembaca juga akan ditunjukkan cara memasukkan barkod e ISBN dan PDP ke mukasurat yang betul pada ebook penulis. Pendek kata pembaca akan diberi tips secara menyeluruh dengan sistem baru permohonan ISBN dan PDP secara atas talian. Semoga bermanfaat.
Currently No Review